Friday, December 04, 2009

kita dan peranan

suatu ketika dalam bas...

"oi Sipa ko tau tak cammane smalam En. Tamsat komen pasal ko men bola, klakar betui la ape die kabo ke aku" kata Risuk pada sahabatnya si Sipa.

"iye ke, apa yang dikatakan En Tamsat time aku tgh main? dia kutuk ke atau puji aku main??". balas Sipa ingin tahu.

"mesti la dia kutuk ko sbb ko pon bukannya hebat, dia kata ko main macam kapal keno sambor badai ombak yang dasyat je,ko kan midfielder tapi dok pi main kesana, kesitu,kesini...macam orang takdaq pedoman, main tak tentu arah, tak tentu hala..lari tanpa tujuan". Risuk menjelaskan.

hahcch..hacchhh...hachhemmmm,alhamdulillah(risuk kesjukan di musim sejuk...lol(>:

"tambah En Tamsat lagi ko macam orang yang tak berperanan lansung la dalam game tu, lagi baik kalao ko takde atau dia aje yang ganti." sambung Risuk setelah percakpannya terhenti sketika akibat bersin.

"uiiiai sampai camtu dia kutuk aku??suka2 je tu orang..macam la dia hebat sangat main".Sipa berkata2 dalam nada bengang.

mereka terus bersembang pasal game bola semalam...

-TAMAT-



Setiap ia punyai peranan

bgitulah saudara. Hidup kita perlu ada matlamat yang jelas dan tahu apakah sebenarnya peranan kita di bumi ini, peranan sbg seorang muslim.

kalau hidup tanpa mengetahui peranan kita sebagai seorang manusia bergelar hamba padaNya, maka keberadaan kita dalam dunia ini hanya sia2. Barangkali ketiadaan kita mungkin lebih bermanfaat bagi bumi ini.

seperti midfielder tadi(MD) yang main tanpa arah tuju, asal bola ada dia terjah, bergerak ke seluruh padang walhal tidak memberi kesan pada tim, pemain bola yang tidak tahu peranan masing2 hanya menghabiskan tenaga dan mengundang padah kepada tim. Tim susah, penyokong resah, sendiri lelah.Dan disinilah terletak peranan captain(4 PERMAI) or manager, untuk mengatur strategi dan mencari pemain sesuai bagi setiap posisi.
satu tim bola.

Peranan kita sebagai muslim jauh dari itu...
lebih luas, lebih banyak, dan lebih mendapat ganjaran nantinya.
Allah SWT telah turunkan surah al-hajj ayat 77-78 yang cukup jelas, terang menyinari mata yang kekaburan dan menyentuh hati yang dalam kelemahan tanpa diundang.
Allah menyuruh kita rukuk, sujud dan beribadah kepadaNya. Menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan apapun.Memerintahkan kita untuk melakukan kebaikan sesuai kemampuan dan melarang berbuat kejahatan. Kebaikan pertama yang perlu dilakukan adalah meninggalkan kejahatan.
Maha Suci Allah kami bersyukur padaMu atas ayat yang menjelaskan tentang peranan kami di bumiMu.

sekian.

Wednesday, November 04, 2009

Antara MEKAP itu Dan MEKAP ini

............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Salam winter '10 semua.
Musim dingin telah tiba, berhibernasi dirumah, didalam selimut diatas katil ditemani secawan hot chocalate memang terkadang mengubat suasana bosan dirumah.

Namun tidak seperti biasanya, membaca, membincang ataupun menjawab ttg isu semasa kini menjadi alternatif baru dalam memecah kebosanan di musim winter '10 kali ini.
Selaras bagi m'wujudkan 'budaya mencinta Ilmu' di kalangan student Malaysia di Irbid, maka sesekali jomlah kita rajin2kan diri dengan mende2 seperti ini hehheh...=D


Winter '10
SESI MENJAWAB SOALAN
MEKAP= alat kosmetik wanita
MEKAP= MajElis KAunseling Pelajar= Usrah

Pertanyaan dan Jwapan abdul(bukan nama sebenar) kepada seorang sahabatnya...

1.Buat Apa Nak MEKAP?
okay, kalaulah wanita dia ingin dinampak cantik ,muda ,berseri,ingin dipandang orang,ingin memikat orang ataupun mungkin dia ingin menjaga kebersihan dan keindahan(kata mereka,bukankah Islam sukakan kebersihan dan keindahan...??) semasa dia ingin keluar bertemu seseorang sudah tentu dia akan m'ggunakan alat solek/mekap supaya orang yang ditemuinya itu berbangga dengannya ,bukankah bgitu?

so,kalau kita nak nampak hebat, mulia, ingin kelihatan seperti orang yg mmpunyai derjat yg tinggi, dan dikagumi semasa menghadap YANG MAHA AGUNG nanti patutkah untuk kita MeMEKAPkan diri kita sebelum menemui-Nya ? tentu iyakan?


2.Apa halatuju MEKAP?
Halatuju MEKAP bagi wanita adalah seperti diatas, ingin kelihatan cantik, muda, berseri, kemashuran atas kecantikannya, ingin orang2 memujinya dan terpikat dengannya(mungkin ada lagi??)

Halatuju kita. kemana kita ingin pergi?. apa matlamat yang ingin kita capai?. Halatuju MEKAP kita tidak lain tidak bukan hanya satu iaitu ALLAH SWT. Kita ingin mendekatkan diri kepadaNya secara continuously..kita ingin menjadikn diri kita orang yg tidak hanya omong kosong tetapi beramal atas landasan yang telah ditetapkan Islam. dan sudah past kita inginkan Redha dan berkat Allah senantiasa bersama kita sehingga bertemu denganNya di syurga nanti.InsyaAllah.


.Usrah dimana saja.

3.Tidak Menganggu Pelajaran ke?
apabile wanita memakai MEKAP, berdandan mungkin hampir setengah jam, atau pergi shopping berjam2 lamanya semata untuk membeli alat2 solek/Mekap adakah itu tidak menggangu pelajaran?? atau mungkin akibat mekap yang dipakainya menyebabkan laki terpikat dan menggodanya, dek kerana terpancing oleh laki macho nan hensem tadi, masa tersia2 melayani dia. adakah ini tidak menggangu pelajaran?

bagaimana pula MEKAP kita? suatu pelaburan masa atau pengorbanan masa yang tiada ruginya, malah diberi dan ditambah lagi rezeki olehNya. Jika kita duduk sejenak bersama berbincang dan memikirkan kebesaran Tuhan yang menciptakan kita, alangkah beruntungya kita. Allah menolong orang yang menolong agamaNya (al-hajj:40)

4.Apa beza ada MEKAP dengan tiada MEKAP?
wanita jika ada mekap bagaimana mereka? tdak banggakah mereka apabila dipuji kecantikkannya? takke bahagia bila kemasyuran dicapainya? lagi yang para wanita ini sukai apabila kekasihnya semakin ghairah dengannya, bukankah bgitu?

bagaiman jika tiada mekap dimuka mereka?
bagaimana mereka ingin bertemu dengan kekasih kesayangan?
bagaimana mereka ingin menghadiri function tanpa mekap?siapa yang ingin memandang dan memuji wajah mereka?
bagaimana mereka ingin bersiar2 di jalanan tanpa mekap itu?
bolehkah mereka menerima keadaan dimana tiada siapa yang memandang mereka, memuji mereka, atau tidak mengiktiraf keberadaan mereka, malah yg lagi pedas menghina, mengherdik mereka. sejauh manakah keadaan ini boleh diterima oleh mereka?

begitu juga dengan MEKAP kita..jika ada, maka kita akan ade rasa confident berjumpa denganNya, iman kita akan sentiasa dicas sebaik sahaja ia lemah.
kalaulah tiada MEKAP untuk kita nie.. iman pun tidak dicas, lesu tak bermaya, maksiat bermaharajalela ,hati hitam pekat penuh dosa. diri seperti pakaian yang tak dibasuh lamanya. keadaan beginikah yang kita inginkan apabila hari perhitungan tiba nanti?

5.MEKAP boring laa...?
jika wanita boring memekapkan dirinya, kemungkinan pertama berlaku, dia takkan keluar dari rumahnya, terus terlentang diatas kasurnya, mengurung diri dirumah sendirian..kerna ketakutan jika orang lain tidak memandangnya..
kemungkinan kedua, mungkin dia akan memaksa dirinya,kerana dia akan bertemu dengan kekasihnya atau pergi ke majlis keramaian. jadi sudah tentu walaubagaimanapun keadaannya, dia akan tetap memaksa dirinya untuk bermekap. setuju??

begitu juga kita.kalau boring untuk MEKAP maka tinggalkannya. tiada siapa yang memaksa,anda mempunyai kelebihan yakni kebebasan memilih.
tapi anda harus memaksa diri untuk MEKAP ini kerana kelak anda akan bertemu denganNya jua. maka persiapkanlah diri.







6.Saya dah belajar jurusan Agama, untuk apa MEKAP lagi?
kalau wanita yang memiliki muka cantik dan lawa seperti model. mereka akan tetap bersolek juga. kerana apa? kerana mereka tidak akan puas dengan kecantikan mereka, tiada syukur, mereka berasa ganjil jika diri tidak bermekap. kerana itu yang laki2 mahukan dari mereka, bermekap biar kelihatan cantik juga lawa.

kalau anda pelajar jurusan agama. adakah anda tidak ingin memperkemas lagi agama anda? dengan bertafakuh sejenak, dengan memikirkan kuasa Allah, dengan mengajak orang lain kepada Allah? anda tidak ingin itu semua?
kalaulah saya pelajar medic misalnya. adakah saya belajar sahaja tanpa mempraktikkannya? adakah saya tidak ingin memperhebatkan lagi ilmu yang saya ada? adakah saya tidak ingin orang lain sehat dan mengajak untuk menjaga kesihatannya? adakah saya tidak ingin mengobati orang yang sakit?
selepas anda belajar anda harus mengajar atau mengamalkannya. begitulah sepatutnya.
bagaimana sekarang sahabatku?
relevan atau tidak MEKAP ini...?

Sunday, November 01, 2009

Permai Super league

Alhamudillah segala puji syukur kepada Allah atas segala nikmatNya.
Selawat serta salam kita panjatkan kepada kekasih tercinta kita seorang mulia lagi agung yakni junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan para sahabat baginda.

sehat.
satu nikmat yang memang sangat2 kita lupa bila ia dominan pada diri kita.
seperti biasa, jika apabila sesuatu sudah tiada atau tidak lagi dominan pada diri kita maka,
baru menyesal teresak-esak mengingatkan semasa ianya ada.
itulah manusia. sampai bila harus kita terus begini?? tunggu mau diazab baru menyesal??
adakah waktu sakit sahaja baru mau benar2 mengingatNya??
mau jadi apa kita coba? ish2 tidak patut betui.


sehat.
alhamdulillah, setelah kebanyakan pelajar malayu di Irbid terkena firus2 flu sejak kebelakangan ini, sehinggakan jika dilihat dalam lecture hall hampir rata2 hanya plajar mlayu sahaja yg terbatuk2 dan kelihatan kurang berdaya n lemah. Arab? depa kebal, tidak ramai dari kalangan mereka yang mengalami flu or common cold.
namun bgitu, sudah semakin terlihat bahwa kbnyakan plajar2 malayu hampir smakin pulih scara keseluruhannya walaupun masih terdapat bberapa individu yg masih larut dalam kesakitan. semoga cepat sembuhnya.

bercakap mengenai sehat, perkara yang utama harus ditekan untuk terus kekal dalam kesihatan dari segi jasmani adalah senaman ataupun bersukan.
sehubungan dgn itu alhamdulillah dengan hasil kerja yg baik dari JKK sukan dan budaya PERMAI mereka telah memperkenalkan kepada Ahli permai satu sistem pertandingan bola sepak yang cukup menarik.

Diberi nama Permai Super League(PSL), ia adalah inisiatif terbaru dari Permai untuk membuka ruang dan peluang yang luas kepada ahli Permai yang berminat dalam sukan ini. Kerana bilangan ahli Permai yang mendadak bertambah, kini setiap ketua pasukan boleh merekrut seramai 20 orang bagi satu team berbanding sistem pertandingan lama yang hanya dilimitasikan kepada 13 atau 14 orang sahaja.






apapun yang diusahakan oleh pihak permai dalam rangka ingin menjadikan ahlinya sehat dan cergas, kita selaku ahli patut bertanggungjawab melaksanakan tugas sbg ahli dengan konsisten yakni bukan aktiviti sukan saja yang dihadiri malah aktiviti2 ilmiah yg laen juga patut dipenuhi dan keikhlasan.

semoga Liga kali ini dapat meningkatkan ukhuwwah dan menyatukan lagi hati2 kita atas landasan iman dan ketaqwaan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
sekian.
player Team Wassiek ,hehe :D

sila layari PSL Blogspot untuk perkembangan terbaru...

Thursday, October 29, 2009

Ikat diri dengan peraturan

aku terpikir. berkali2 terpikir.
pasal peraturan.?
kenapa orang tidak ingin, tdk gembira, teramat payah mengikut peraturan?
barangkali tidak diketahui kali apa itu fungsi peraturan.?
atau mungkin peraturan dianggap penjajah, yang menggangu ketenteraman hidup?
atau mungkin memang sengaja tidak inginkan peraturan?
yang pasti, aku tidak pasti apa yang diingini oleh orang yang tidak suka akan peraturan?

analoginya mudah ja.
berkali2 mungkin orang sudah memberi dan menjelaskannya.

alkisah bermula...
aku drive kete Dodge pergi bersiar2 di persekitaran Bandar Baru Bangi.
sampai di satu simpang empat,
aku yang tidak tau fungsi peraturan, yang menganggap peraturan hanya menggangu ktenteraman idop dan mmg aku sngja tak mau ikut peraturan yang seharusnya aku ikut
tanpa berpikir pnjg menekan pedal minyak untuk terus meluncur laju.
tanpa menghiraukan kenderaan dari arah berlainan yang melalu dan,
tanpa menghiraukan 3 warna yg terpaku.
prinsip aku, yang pentng aku happy bahagia jiwa dan raga.
atas dasar apa aku nak perlu sibok peduli pasai orang lain?

phhrummm...kete laju, selamat melepasi simpang empat.
dlm pikiranku mmg peraturan tak perlu ada.
buktinya sudah ku tunjuki. tiada apa2 nahas yang berlaku.
aku mula mengata dn mncaci si pembikin peraturan tadi.
mungkin...
kalau di jalan raya--->JPJ
kalau di rumah ---> Ibu dan ayah
kalau di sekolah --->cikgu2 dan kepala sekolah
kalau di planet bumi ---> siapa?
kau mungkin akan terkutuk Dia...naudzubillah.

setelah simpang empat.
aku masuk highway. segala signboard tidak kuhirau.
yang penting aku terus bergerak.
walau tidak tau kemana tujuanku.
walau mungkin jalan yg ku ambil salah.
walau mungkin juga jalan yang aku ambil pada akhirnya boleh menyebabkan aku mati secara sia2.
namun, apa aku perlu peduli semua itu? itu semua adalah tidak penting bagi diriku, yang penting aku happy dan bahagia dlm keadaan terus bergerak dan laju.
hoho...best2.

jika aku drive kete secara laju tapi tidak tau kemana untuk dituju.?
ini adalah perbuatan sia2. aku akan mulai rasa bosan dan mungkin ak boleh jadi gila kerananya.

jika aku drive kete secara laju dan mengambil jalan salah.?
sampai bila aku harus terus ambil jalan yang salah, dan tempat yang aku ingin tuju adalah 100% mustahil untuk sampai.

jika aku tak menghiraukan signboard "500m dihadapan adalah jalan mati dan menghala ke gaung" dan terus bergerak laju, walaupun mak aku yang sentiasa mengekori dari belakang mungkin perasan sign itu dan menasihati agar berhenti STOP the car, namun disebabkan keegoanku yang sentiasa BENCI pada segala peraturan yang ada, aku terus melaju dan akhirnya jatuh terjunam kedalam gaung. dan tamatlah riwayat aku sbg seorang yg idop. dan terkuburlah aku berseorangan. FINISH

begitulah mungkin salah satu pengakhiran bg orang yang tidak suka akan peraturan.
ex:kalau traffic light yang menjadi salah satu sbg peraturan jalan raya tidak dihiraukan dan dipraktik oleh pengguna jalan raya, sndiri boleh pkirlah apa natijahnya?
hura-hara. kematian 2kg. pergaduhan.
ini baru jalan raya bro!.
dunia ini terbentang luas saudara.
ada peraturaan yang mengawalnya.
ada buku panduan.
ada petunjuknya.
tinggal ikut je.
baru keharmonian, keamanan, kedamaian dan etc. dapat wujud sendirinya.
masing2 dkurniakan akai, pandailah berpikir.
nak terlalu bebas buat apa?
sekumpulan kambing duduk didalam kandang.
kambing dlm kandang---> selamat dr ancaman luar.
kambing yang nak sgt bebas dia piq kluar konon macho, hebat sebb dpt bebas.
sekali rimau serigala singa datang. kene belasah---MATI KATAK <--- padan muka.
Ambil tu kebebasan kau.
apapon kebebasan itu biarlah ditempatnya.
Namun peraturan.? Peraturan bukan untuk dilawan, bukan untuk di cerca caci, bukan untuk di langgari.
dan apa2lah yang bertentangan dengan peraturan.
kerana ia hanya akan membawa padah bencana!
sejarah dah membuktikan.
kaum2 yang melanggar perintah Allah, ad, samud, etc.
apa balasannya? Azab yang tidak tergambar dasatnya.
tak di dunia pasti diakhirat sana.
wallahua3lam.
saudaramu
Anas.
hehe =) wsalam.

knapa lama?

salam sume.

setelah almost 1 bulan 3 weeks tidak m'nulih. kenapa?

Kenapa tidak?

1)idea lalu tapi tak singgah.
2)idea lalu, singgah tapi tada orang layan.
3)idea lalu, singgah ada orang layan tapi dengan penuh kemalasan dan ketidakinginan.
4)idea lalu, singgah ada orang layan, disuruh ideanya menetap, tapi pada akhirnya, si tuan menghalau tetamu.
5) idea tidak ingin singgah lagi.

wat is the best solution for this musykilah.?
99.9% depends on urself.
only u have the power to choose wat is best 4 u.
noone else can.
so, make ur own decision.

B4 pinishing.
layan tetamu dengan sopan, ceria dan selesa,
seperti jika ibu atau bapamu berkunjung ke tempatmu.

okay,
baybay.
Anas. :D

Monday, September 07, 2009

Hanya satu kuncinya.

Assalamualaikum saudara.
sekadar perkongsian.


Al-Baqorah ayat 286
yang artinya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.....".

3september

Tarikh yang akhirnya aku sampai padanya. keseronokan, kegembiraan, kerinduan, kemeriahan semakin kuat menggegar hati. Keinginan untuk pulang ketanah air tercinta sudah lama merajai diri. Tiket pesawat emirates sudah menunggu untuk dibawa pergi.Tiba masanya untuk melangkah dari Irbid yang kian sepi.

Perjalanan menuju sebuah bandara.
Tahun ini pilihanku adalah berjalan sendiri. Sesekali ingin belajar menempuh perjalanan secara berdikari. Hajatku disini hanya untuk berkongsi. Perjalanan yang bermula dari Irbid menuju sebuah destinasi. Oh! tidak lupa diucapkan terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar buat diri ini.

Teksi dari irbid ke Mujamma' Amman jadid=0.75jd
Bas Hijazi ke Mujamma' tabarbur di Amman=1.75jd
mujamma' Tabarbur/syimali ke airport.
Menggunakan sariyah, pengangkutan khas(berupa bas/van bewarna kuning) ke airport=3jd
setiap satu jam ia akan mulai bertolak ke QAIA(queen alia international airport).

Bandara ke bandara.
Jam 3ptg ketibaan di airport. Jam 5ptg penerbangan ke Dubai.
Hampir setengah jam terpaku di bangku ruang tunggu. Aku lalu melihat. Hmm... Papan elektronik sudah menunjukkan GATE OPEN untuk kaunter emirates. Aku menuju ke sana untuk check-in. Semua berlalu seperti biasanya.
Sekali lagi aku menggu di ruang tunggu. Kali ini pula menunggu sebelum dibenarkan memasuki pesawat. Sedang asyik membaca sesuatu, tiba2 kedengaran satu suara yang membuatku tertanya2, adakah suara itu buat diriku??

"To Mr. Ahmad Anas Ahmad Asmadi, please go to counter to recheck your ticket validity"

aku pun menuju kesana. lalu...
"ade masalah ke encik?"aku menyoal penuh sangsi.
"tiket awak ade masalah, ia tidak valid" kata pegawai yang bertugas.
"lalu bagaimana?" soalku ingin tahu.
"awak harus keluar dari terminal ini, kerana tiket awak adalah tidak sah!" pegawai itu memberi arahan....(cerita telah dipendek dan diubahsuai sedikit tapi jalan p'jalanan dikekalkan)

setelah banyak soalan yang aku lontarkan kepada pegawai itu aku akhirnya kalah dan terpaksa mengundur diri berlalu pergi.

Lamanya sebuah penantian.
Kegelabahan menyelubungi diri. Tidak tau berkata apa.
Setelah jauh meninggalkan tempat kejadian aku membawa diri berehat sejenak.
Menenangkan pikiran. Lalu terdetik untuk menelpon teman yang sudah terbang lebih awal dariku. Namun gagal mendapatkan jawapan dari mereka. Barangkali di tanah air sudah malam waktunya.
Kemudian aku menelpon ibu, akhirnya kutemu apa yang perlu. Membeli tiket baru menjadi pilihan. Bertolak ke bangkok pada pukul 2 pagi adalah destinasi terbaru setelah tiket ke dubai dibatalkan.
Atas apa yang berlaku. Tambahan 9jam membuatku perlu berada di airport dengan penuh kebosanan namun alhamdulillah diiringi beberapa pengajaran.

Apa yang berlaku selama 9 jam(5ptg-2pg)?

BERBUKA PUASA.
aku duduk di bangku ruang tunggu bersebelahan sebuah cafe menuggu ketibaan laungan adzan. Aku melihat dua pak Arab sedang menantikan juadah berbuka mereka . Namun disebabkan 'lahiriah' mereka aku mula bersangka buruk dan mengingat akan hadith Nabi s.a.w.:

"berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya itu mendapatkan apa2 dari puasanya kecuali lapar dan dahaga"-sahih al-jaami' 3490-

Tetapi mungkin aku tersilap! , sampainya waktu berbuka salah satu pak Arab itu tadi menuju kepadaku dan menghulurkan tiga biji tamar. "syukran" aku membalas. lalu aku beredar ke Tempat Sujud yang tersedia.
Setelah menyelesaikan kewajipan aku kemudian menyambung acara berbuka. =)
menarik.



Pengajaran.
Hindari 'suudzhon'(bersangka buruk). Hidup ini jika tiada sangka baik sesama manusia, pasti keharmonian susah untuk dicapai.

Bagaimana reaksi anda jika ternampak orang yang sedang berbuat apa yang tidak patut?
1.tegur jika mampu dan bersangka baik-mungkin dia tidak sedar akan perbuatannya.
2. syukur kerana kita tidak melakukan apa yang tidak patut seperti apa yang telah dibuat olehnya.
3.berdoalah pada orang yang berbuat tidak patut itu tadi supaya Allah memberi petunjuk padanya.

TARAWIKH.
Antara cara untuk meningkatkan khusyuk dalam solat adalah digalakkan supaya pergi ke masjid yang bacaan imamnya adalah cocok dengan gegendang telinga kita. Selain menambah rasa khusyuk ia juga dapat menambah rasa enak dalam mentaatiNya.
Tidak hairanlah apabila solat di masjid airport ini, keenakan dan kemerduan mendengar lantunan ayat suci al-Quran seperti di masjid Yarmouk dan Faiha' memang jauh. Kerana di masjid ini pegawai2 yang bertugas di airport yang akan memvolunteerkan diri mereka untuk menjadi imam.
Apapun, yang lebih penting ialah kita perlu sentiasa beryukur kerana masih diberi kesempatan berada dalam bulan ramadhan dan masih dapat menunaikan solat sunat tarawikh secara berjemaah.

DI RUANG TUNGGU.
Sedang aku asyik menunggu untuk dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Aku terlupa untuk sesekali melihat sekeliling, menjengah jikalau ada ibu2 bersama anak, ibu bersalin atau orang tua yang terpaksa berdiri akibat tiada kerusi kosong untuk mereka beristirehat.
Aku kurang sedar tentang perihal di sekeliling. Sungguh malang dan rugi.

Ketika aku sedang asik menikmati tempat duduk tanpa mempeduli keadaan sekeliling tiba2 seorang pak Arab memberi ruang kepada ibu bersama anak kecilnya untuk menggantikan tempat duduk beliau. Maka disini rugilah bagi mereka yang berada di sekitar situ kerana tidak dapat menghulurkan bantuan sepatutnya pada ibu tersebut.
Sifat peduli itu penting. Peduli pada diri sendiri. Peduli pada orang lain. Peduli pada persekitaran.
kerana sifat peduli merupakan asas konsep dakwah, betulkah??

1.50pg, bangku pesawat sudahku duduki. Banyak sekali bangku tak berpenghuni dalam pesawat jika Royal Jordanian menjadi pilihan anda untuk ke tanah air. Jam 2.15pg berlepas.


Beberapa keraguan diatas pesawat.

Seperti kebiasaan orang diatas pesawat. Tidur mengisi waktu sepanjang perjalanan walaupun ia bukan satu pilihan yang diingini.

SAHUR.
satu jam kemudian makanan dihidang sekaligus menandakan untuk aku bersahur.
disunatkan untuk melambatkan sahur seperti sabda nabi Muhammad s.a.w.:
Artinya:
'Dari Abu Dzarr (diriwayatkan bahwa) ia berkata: Rasulullah saw bersabda: Umatku senantiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur'
[HR Ahmad]

Yang menjadi keraguan bilakah waktu sahur seharusnya dihentikan, dengan kata lain bagaimana hendak dikenal pasti solat subuh sudah masuk waktunya??
Di dalam buku 'Keajaiban Solat Subuh' karangan Dr 'Imad 'Ali 'abdus sami' Husain mengatakan masuk waktu fajar adalah ketika muncul al-gholas(iaitu warna gelap di akhir malam yang sudah bercampur dengan putihnya cahaya pagi).
Jadi jika sudah kelihatan putih2 diluar jendela pesawat, maka ia menandakan waktu subuh. Oleh itu, adalah menjadi lebih baik jika kita menghentikan sahur sebelum cahaya putih2 masih belum terlihat. wallahua3lam.

WUDHU'
Bolehkah bertayamum?

Syarat tayamum
;
1.sudah masuk waktu solat.
2.sudah berusaha mencari air tapi tidak memperolehinya sedang waktu solat sudah tiba.
3.menggunakan tanah/debu yang suci, bebas najis.

kalau rujuk surah Al-Maidah ayat 6. maka orang yang dalam safar yakni berada dalam perjalanan jauh dibolehkan bertayamum. Namun didalam pesawat air yang mencukupi disediakan.
Jadi, adakah ini menyebabkan bertayamum adalah tidak boleh bagi kita ?? tanyalah ustaz2 ya!
Tapi pendapatku, bukannya susah mau berwudhu di dalam toilet pesawat,cuma ruang sahaja yang agak kecil. Ia tak menjadi masalah pun. kecuali bagi saudara Hamdi kot?hehe...

Bagaimana dengan menyapu bahagian atas khuf??
klik disini untuk rujukan.

KIBLAT & CARA SOLAT
1. Berusaha untuk menunaikan solat diatas kenderaan dengan tetap mengadap kiblat. minima ketika takbiratul ikhram. namun jika tidak membolehkan, boleh mengikut arah kenderaan.
Hadith Nabi s.a.w. artinya:
'Daripada Anas bin Malik bahawa jika rasulullah s.a.w dalam perjalanan dan ingin solat sunat, maka baginda mengadapkan untanya ke arah kiblat, lalu takbir kemudian solat kearah mana sahaja untanya mengarah' (hadith riwayat abu daud)

'Daripada Anas bin Malik bahawa jika rasulullah s.a.w. solat sunat di atas kenderaannya(untanya) dalam suatu perjalanan tanpa mengadap kiblat.' (hadith riwayat Ahmad)

2.Boleh menunaikan solat dengan duduk,sedangkan rukuk dan sujud boleh dilakukan mengikut kemampuan.
Hadith Nabi s.a.w. artinya:
'Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. dia berkata,"Nabi s.a.w ditanya mengenai solat dia atas kapal laut."Maka baginda menjawab,"solatlah di sana dengan berdiri kecuali apabila engkau takut tenggelam.' (Hadith riwayat ad-Daruquthni dan Hakim)

ketibaan di bangkok pada pukul 3ptg. Selepas keluar dari arrival hall ku langsung bergerak menuju ke sales office for Malaysia Airlines tickets. Berangkat pulang ke Malaysia pada pukul 5ptg.Airport survanabhumi,Bangkok

BERBUKA PUASA DI ATAS PESAWAT
Mengikut kata2 syeikh Yusuf al-Qardhawi:
As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.
Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.
setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata meraka. baca selanjutnya di sini atau di sini.

Ketibaan Di Malaysia.
setelah pelbagai masalah, kakiku akhirnya dapat mencium tanah bumi Malaysia tercinta.
dalam kurang lebih pukul 8mlm 4sept tiba di KLIA. Kemudian rumah. Alhamdulillah.
Dalam mengharungi bermacam ragam dugaan dan cabaran hanya satu kunci yang perlu diingat.
Allah Yang Maha Pengasih tidak membebani seseorang melainkan(trima kasih hamdi tegur :D) sesuai dengan kesanggupannya dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Akhir kata...
pergi ke kebun untuk mencungkil2,
pohon sehat dari tanah yang subur,

apa yang betul silalah diambil,
apa yang salah harap ditegur.

Moga Allah memberi taufik (kemudahan) dan hidayah (petunjuk) kepada kita .Amin.

wsalam.



Wednesday, September 02, 2009

Dari apa kau merdeka?

Assalamualaikum saudara.

Peganganku adalah Islam.
Al-quran.
As-sunnah.

Kau sudah merdeka?

dari apa sebenarnya kau merdeka?
cuma merdeka dari penjajah manusia?
kita memang lama sudah merdeka dari penjajah British, penjajah berupa manusia yang memang ketara dapat dilihat.
sudah 52 tahun kita merdeka dari mereka.
Alhamdulillah. Nikmat dari tuhan.

Namun apa yang lebih memusnahkan kita selain penjajah berbentuk manusia itu?
apakah kau sedar?

hakikatnya kita terlupa bahawa kita masih belum merdeka dari penjajah yang menjajah fitrah, hati, ruh dan jiwa kita.
kemana kesedaran kita terhadap semua itu?
kemana kepedulian kita atas hati dan ruh kita yang dijajah?
mereka itu adalah sebahagian dari kita juga.
Tidakkah kau tahu itu?
yang mereka adalah sebahagian dari kita.
Tidakkah kau sedar? atau
kau pura2 berlaku tidak sedar?

iya,
mungkin kerana takut, atau
tidak inginkan perubahan, atau
engkau lebih selesa dan mesra bersama penjajah2 itu?
mungkin fikiranmu yang telah dinodai nafsu jahiliah senang bersama penjajah itu dan mungkin begitu juga dengan jasadmu.
tapi apa kau tahu tentang hati dan ruh mu?
pedulikah kau sama mereka,pedulikah kau sama keinginan mereka, pedulikah kau?

mungkin kau tidak tahu mereka sedang meronta dan melaungkan TAKNAK pada penjajah yang kau anggap bagus itu.
adakah kau tahu semua itu?
kau pikirkanlah kembali.
kau renungkanlah kembali.


Berdasarkan satu hadith Rasulallah(saya lupa) ia ada menyatakan bahwa fitrah manusia sejak awal dilahirkan adalah muslim ,Islam agamanya.
begitu juga dengan cantuman ruh dan jasad, sejak dari mula diciptakan oleh Yang Maha Kuasa lagi kedua-dua elemen yang membentuk kita itu mempunyai tujuan yang satu.
Firman Allah SWT:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"
[az-zariyat:56]

Merujuk ayat diatas, Puak sekular yang melampau telah mengkaburi mata umat ini. Mengatakan ibadat hanyalah di rumah2 ibadat. terpisah dari kehidupan.
Ibadat di masjid.Islam hanya di masjid.
Maka sebenarnya mereka sudah terpesong jauh.
Tidakkah mereka tahu dalam Islam maksud ibadah itu sangat luas.
Ibadah bukan bermaksud solat, puasa, haji semata2. Tapi ia merangkumi semua.
Apa amalan sekalipun yang kita lakukan niat ikhlas kerana Allah semata dan berlandaskan syariat Islam, mengikut hukum Islam ,tidak bertentangan dengan Islam maka secara automatis ia dipanggil ibadah.
Islam.
Ia suatu yang berada di tengah kehidupan kita.
segala yang kita lakukan harus berlandaskan ia.

Puak sekular memang sudah tersilap besar.
Ingin memisahkan Islam dari cara hidup kami??
Anda tidak akan berhasil!

Penjajah di Amerika sudah lama tiada.
Melihat kepada negara besar amerika. sejak dari julai,1776 meraka sudah merdeka.
Namun adakah kebanyakan masyarakat mereka yang punyai hati, ruh dan jiwa telah pudar dari jajahan?
Telah terbebas dari jajahan syaitan, jajahan iblis, jajahan nafsu jahiliah.
adakah sudah?
tak perlu jauh kepada mereka.
Cuba lihat diri kita sendiri.
adakah sudah?
sama2lah kita semak dan renungi diri.

Pegangan kita adalah alquran dan assunnah, maka jika apa2 yang kita perbuat jauh dari dua ini maka secara sedar atau tidak sedar kita adalah dalam status diJAJAH! belum lagi MERDEKA!...
Tontoni video ini. :)




Nicole Queen, menjadi seorang Islam pada Mei 2007 yang lalu setelah melayari laman-laman web berkaitan Islam dan menjadi ketagih dengan maklumat di dalam Internet. Kehidupan sekular masyarakat Barat menjadikan beliau seorang yang liar, hidup tanpa arah dan berseronok-seronok. Turning point dalam hidupnya bermula apabila beliau memikirkan kehidupan tanpa Tuhan dan merasakan perlu berubah. Seorang rakannya kemudian memaklumkan bahawa maklumat yang beliau inginkan ada di Internet.

Sejak itu beliau terus melayari Internet untuk memenuhi keinginannya terhadap Islam dan mula membuat kajian yang lebih serius. Setelah berpuas hati dan yakin dengan Islam, beliau membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah. Kini Nicole Queen mempunyai laman web di myspace bagi berkongsi cerita sambil mengajak masyarakat mendekati Islam.(petikan dari HALUAN)

wsalam.

Tuesday, September 01, 2009

Jangan dipisahkan ia.

Assalamualaikum saudara!
Kehidupan beragama.

cuba kita lihat sebuah negara yang tidak di label sebagai negara Islam.
tetapi disana masyarakat saling menghormati agama, saling berfikiran terbuka walau berbeza etnik dan bangsa, wujud keadilan, hak bersuara tak mengira usia.
hmmm... nilai Islam itu sepertinya ada.

Bagaimana negara yang berstatus Islam? Adakah disebabkan pemimpin yang memegang tapuk kepimpinan adalah seorang muslim atau adakah disebabkan majoriti rakyatnya adalah muslim menyebabkan negara yang nilai dan kualiti Islamnya ditahap rendah dilabel sebagai Islamic country.

sesuatu yang perlu difikirkan dan dinilai kembali.
Apapun kita selaku rakyat Malaysia yang insyaAllah bukan hanya berstatus Islam pada kad pengenalan seharusnya mengharumkan kembali nama negara yang telah dilabel sebagai Islamic country dengan menerapkan nilai2 Islam secara keseluruhan dalam segala aspek kehidupan.
Islam itu adalah cara hidup.
Ia tidak patut dipisahkan-pisahkan.
selamat menikmati video ini untuk perkongsian bersama.




wsalam.

Monday, August 31, 2009

Iftor & Drama.

Assalamualaikum saudara.
Alhamdulillah.

jam 5 petang.
ketibaan sebuah koster,bas berukuran sederhana yang diguna pakai kebanyakannya di tanah arab.
Bertolak ke kedutaan besar Malaysia.
Menghadiri jemputan berbuka dan menyambut kemerdekaan ke-52.
Walau as a Malaysian namun jalan ke lokasi kedutaan adalah diluar kotak pikir kami.
akhirnya tiba jua.
gembira, tenang, dan syukur meraikan majlis.
kembali pulang ke rumah.
selesai.














Kisah embassy
.
semalam kami yang masih berbaki di Irbid setelah fatrah exam menutup tabirnya telah dijemput oleh pihak embassy Malaysia untuk turut serta menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 & majlis iftar bersama mereka. Perasaan gembira dan sedikit teruja berbaur kerana kebanyakan dari kami baru pertama kali menghadiri function disana, almaklumlah sebelum ini kalau ada keraian ia hanya dibuat di Malaysia student department(MSD).

walaupun kami iftar disebalik tabir(garaj belakang) bersama dengan pelajar dari mantiqoh lain namun ianya bukanlah satu masalah untuk ditimbulkan. Rasa syukur pada Ilahi yang telah memberi nikmat berbuka puasa di embassy sudah cukup buat kami memikirkan saudara kami di sempadan sebelah yang tidak tentunya lagi punyai makanan untuk berbuka.

Sepanjang berbuka, majlis menyambut merdeka , hingga tarawikh kami di santuni dan dilayani oleh pegawai2 kerajaan yang penyayang. Bahkan ada pegawai makcik ni pergi ke setiap seorang pelajar untuk menghidang kuih muih. MasyaAllah sungguh indahnya jika wujud perhubungan mutualis antara yang tua dan muda. Seperti kata orang2, yang tua harus sayang yang muda dan yang muda pula hormat yang tua. Kalau keduanya tidak mampu melunakkan ego masing2 maka tiadalah suasana harmoni yang kita idamkan,betul kah?

Tapi?
apa yang dialami disini (jordan) tidak pula apabila di Malaysia. Pegawai kerajaan, datuk bandar, Adun setempat entah kemana? Tiada peluang agaknya bersama rakyat hatta di bulan Ramadhan sekalipun? untung2 kalau bulan ramadhan mereka masih ingin beramah mesra dengan rakyat, kalau bulan suci ini pun mereka enggan bersama, alamatnya silap undi orang lah maknanya kita ini ya?
ah biarkan saja, mungkin mereka sibuk dengan urusan siasah lain.

kami beransur setelah beramah mesra dengan pegawai2 atasan yang mesra belaka selepas tarawikh sambil dijamu moreh yang enak!.














Ahli rumah selepas pulang ke rumah
.

jam menunjukkan 12.00 malam
tanpa banyak berdalih, kami lansung menuju ke layar komputer untuk menyambung siri tontonan drama berjudul CINTA SEMPURNA(CS) yang telah tertangguh dek jemputan ke embassy pada petang.
Bebicara soal drama CS memang amat dapat membuka fikiran kita yang sesekali jumud ini. Pada pendapat saya sendiri drama CS ingin menonjolkan betapa pentingnya untuk para pendakwah menyesuaikan diri dengan kehidupan modernisasi sekarang untuk mencapai efisiensi dalam kerja dakwah. Ini bukan bermakna para pendakwah harus bergulumang dengan maksiat, bergaul bebas dan melanggar batas Islam. Tapi mereka harus memikirkan strategi yang lebih sesuai dan mapan dalam usaha menarik kembali manusia yang hampir terkoyak aqidah dan hampir terbabas ke jurang neraka. Itulah kisah cerita ini. Yang memaparkan betapa zaman sekarang ini tidak banyak berbeza seperti zaman Islam mula dikenalkan dahulu. Dimana mengEsakan Allah SWT dan mempacak aqidah yang betul adalah prioriti utama, pokok utama dan objektif utama para dai'e.

satu pencapaian drama malaysia yang menarik.
bermotif.
bertujuan jelas.
unsur mendidik.

syabas buat krew2 penerbitan dan pencetus idea asal cerita,ustaz Hasrizal :)
salam.

Saturday, August 29, 2009

Seputar Ramadhan di negeri orang


Ukhuwwah islamiyah

UKHUWWAH ISLAMIYAH

Sebagai individu yang hidup di muka bumi Allah SWT, kita tidak dapat lari dari berinteraksi sesama yang lain. Adalah fitrah seorang manusia untuk hidup secara sosial atau berkelompok dimana keberadaanya di akui dan ada tempat baginya untuk bergantung. Dengan adanya interaksi dan komunikasi antara individu yang lain maka sudah tentu individu tersebut akan lebih tenang dalam mengharungi kehidupannya. Sudah diciptakan Allah SWT untuk manusia itu hidup saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain. Bayangkan jika tiada interaksi, komunikasi, dan pergantungan antara manusia, maka tiada wujudnya manusia lainnya di dunia ini.

Cara berinteraksi dan komunikasi antara sesama manusia memang teramat indah jika cara yang benar dan betul diterapkan dalam diri setiap individu. Maka sememangnya kita sebagai individu muslim yang mempunyai hati yang hidup mengikuti cara ini, cara yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Islam.

Dalam Islam, setiap individu muslim itu adalah bersaudara tidak kira perbezaan rupa wajah, bentuk badan, warna kulit, keturunan dan sebagainya. Maka dengan itu Islam meletakkan roh, hati, dan jiwa-jiwa penganutnya di bawah satu lembayung mahabbah dan mengikatnya dengan satu ikatan aqidah dan dengan ikatan inilah yang menjadikan setiap individu muslim itu harus saling mengasihi antara satu sama lain. Dan ikatan ini juga haruslah sering diperhatikan dan dijaga setiap masa, agar ianya tidak longgar dan putus. Ukhuwwah Islamiah melambangkan kekuatan umat islam. Ukhuwwah yang hebat tentunya lahir dari individu-individu yang mengerti akan kepentingan ukhuwwah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah SWT.

Ukhuwwah yang membawa maksud ‘persaudaraan’ diambil dari akar kata bahasa arab yang bermaksud ‘memperhatikan’. Oleh itu ,seharusnya bagi setiap mukmin bahkan setiap manusia itu saling memerhatikan yang lain dan mengambil berat tentang saudaranya. Setiap mukmin harus memerhati dan menjaga ikatan yang menghubung hati mereka dengan hati saudara mereka agar ikatan itu sentisa kukuh dan kuat dan agar hati sesama mukmin ini sentiasa hidup dengan nur cahaya Ilahi. Oleh yang demikian , ukhuwwah Islamiyah bererti ‘persaudaraan sesama orang islam’ dimana islamiah lebih kepada pelaku atau individu itu sendiri. Dengan kata lain, individu itu mengamalkan ‘persaudaraan yang bersifat islami/bercirikan islam’ atau ‘persaudaraan yang diajarkan oleh islam’.

Dalam rangka untuk mencapai ukhuwwah yang berlandaskan iman dan taqwa, islam telah menggariskan beberapa perkara bagi memudahkan penganutnya untuk mencapai tahap ukhuwwah yang mulia dan diredhai. Perkara tersebut ialah:

Pertama: Ta’aruf, yang bererti saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Didalam mewujudkan ukhuwah kita seharusnya mengenal orang lain baik bentuk fisikalnya, pemikirannya, emosi hinggalah jiwannya. Seperti yang telah dijelaskan dalam Alquran alhujarat ayat 13.

Yang kedua: Tafahum, membawa maksud saling memahami antara satu sama lain. Supaya ukhuwah yang terwujud tidak mudah goyah, maka seharusnya bagi kita memahami dengan terperinci akan sifat-sifat yang ada pada sahabat atau saudara kita. sebagai contoh jika kita telah mengetahui perilaku seorang sahabat yang biasa bercakap dengan suara keras, tentu kita akan memahaminya dan tidak menjadikan kita mudah tersinggung. Juga bila kita mengetahui perilaku sahabat lain yang sensitif, tentu kita akan memahaminya dengan berhati-hati dalam kita bergaul dengannya.

Dan ketiga: Ta’awun, yang bermaksud tolong-menolong. Sememangnya manusia telah diciptakan Tuhan mempunyai perasaan saling tolong menolong jika ada saudara atau orang lain yang sedang dalam keadaan menderita atau kesulitan, Cuma aras keinginan untuk hendak atau tidak menolong itu berbeza-beza dalam diri setiap individu. Dan setiap mukmin wajiblah saling tolong menolong kearah kebajikan dan kemakrufan dan semestinya melarang serta mencegah kemungkaran antara sesama mereka, sepertimana yang telah Allah SWT jelaskan dalam alquran al-maaidah ayat 2.

Unsur utama kearah keberhasilan ukhuwah ialah adanya rasa mahabbah yakni kasih dan cinta pada saudara kita. Adapun tingkat yang terendah dalam rasa kasih dan cinta ini ialah bersih jiwanya iaitu sentiasa berlapang dada(bersikap terbuka) apabila menerima kritikan dan teguran , jauh dari perasaan hasad, benci dan dengki terhadap saudara yang boleh menyebabkan terjadinya permusuhan antara keduanya. Jika terjadi pertelingkahan hendaklah segera berdamai. Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, Rasulullah saw bersabda bahwa tidak halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya selama tiga hari, yang apabila saling bertemu maka ia berpaling, dan yang terbaik di antara keduanya adalah yang memulai dengan ucapan salam. Hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah saw bersabda bahwa ada tiga orang yang shalatnya tidak diangkat di atas kepala sejengkal pun, yaitu seorang yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu membencinya, wanita yang diam semalam suntuk sedang suaminya marah kepadanya, dan dua saudara yang memutus hubungan di antara keduanya.

Tingkatan berikutnya yang sederhana adalah individu muslim haruslah mempunyai persaaan cinta terhadap saudara mereka sepertimana dia cinta terhadap dirinya sendiri seperti dalam hadits yang berbunyi: "Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri." (HR muttafaq alaihi)

Dan tingkatan yang paling tinggi lagi mulia ialah itsar, ialah bilamana individu muslim itu mampu melebihkan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Dia sanggup mendahulukan kepentingan saudaranya lebih dari kepentingannya. Dia rela lapar demi kenyangnya orang lain. Ia rela haus demi segarnya yang lain. Ia rela berjaga demi tidurnya orang lain. Ia rela bersusah payah demi rehatnya orang lain. Ia pun rela ditembus peluru dadanya demi selamatnya orang lain. Subhanallah!,inilah individu muslim yang sememangnya layak bergelar pejuang Islam, yang layak membawa panji Islam ,yang layak mengguncang dunia suatu masa nanti . Semoga sikap yang semacam ini dapat diamalkan oleh setiap individu muslim di seluruh dunia.

Kita bersama berharap agar Islam terus berkembang maju ke seluruh pelosok dunia dengan adanya ikatan aqidah yang menghubungkan jiwa-jiwa orang mukmin walau di mana jua kita berada. Semoga ukhuwah yang terjalin adalah ikhlas kerana Allah taa’la dan mendapat berkat dariNya. Dan semoga Allah menyatukan dan menguatkan hati-hati orang mukmin dalam menghadapi musuh-musuh islam. Orang-orang yang beriman itu bertemu dan mencintai saudaranya kerana Allah dan berpisah jua keranaNya (riwayat muslim). sekian

Panduan Ringkas Fiqh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum saudara,

Disini saya hanya ingin sekadar berkongsi tentang beberapa isu fiqh ketika dalam bulan suci Ramadhan. Artikel dipetik dari fiqhmedic.wordpress.com

selamat memahaminya supaya kekeliruan tidak membelenggu! :)...

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

Rujukan:

  • Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
  • Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

Friday, August 14, 2009

Kerugian yang paling rugi.

Assalamualaikum saudara yang dikasihi..

Dewasa ini seringkali kita melihat manusia dengan berbagai ragam pemikiran telah bertindak mengikut kehendak fikiran mereka semata tanpa merasa bahwa apa yang difikirkan itu benar atau salah, asal ianya dapat memuaskan nafsu dan hati , maka ia akan terjadi.
Pemikiran yang sebegini akhirnya menggabungkan antara kelakuan yang benar dan salah , mencampuradukkan yang halal dan haram, yang hak dan batil menjadi satu tanpa mengetahui yang ianya boleh mengarah kepada satu kecacatan dan bencana.

Begitu yang dapat kita perhatikan pada hari ini oleh PEmuDA PEmuDi (PEDAPEDI) yang kenal dan tahu tentang Islam . PEDAPEDI muslim pada hari ini bukan tidak tahu tentang agama yang dianuti mereka, malah mereka paham dan masak benar dengan ajaran dan hukum yang telah digariskan oleh ajaran itu sendiri. Namun ianya hanya sekedar diketahui atau difahami tanpa ada tujuan baik mengikuti, tanpa dihayati makna tersurat serta tersirat disebalik segala suruhan dan diamalkan perintah yang diperintahkan. akibatnya?? PEDAPEDI hari ini bertindak mengikut cara kesesuaian pemikiran sendiri, bertindak mengikut liar hawa nafsu masing-masing, bertindak mengikut segalanya yang boleh membawa kepada kemudharatan tanpa difondasi dengan Ajaran yang telah mereka anuti yakni Islam.

Maka terhasillah dari pemikiran yang tanpa difondasi dengan syariat dan hukum Islam peristiwa2 atau kisah2 yang sepatutnya tidak berlaku.
contoh, pasangan yang berduaan berjalan2, bersiar2 di suatu pekan untuk mencari sebuah restoran ,malang sekali restoran yang wujud pada ketika itu hanyalah restoran non-muslim yang memungkinkan makanan yang dihidang adalah tidak halal, maka ini secara automatisnya mematahkan niat mereka untuk ke restoran tersebut. Satu nilai yang bagus. Namun apa yang malang, secara mereka sedar atau tidak sedar, perbuatan mereka berduaan sejak dari awal memulakan perjalanan adalah juga salah dan haram dilakukan. Mereka ini mungkin sudah tahu akan larangan Allah Yang Maha Kuasa untuk tidak mendekati zina seperti yang termaktub didalam surah Al-Israa’ ayat 32 (Allah SWT mengingatkan awal2 untuk tidak dekati zina, kerana pabila kau dah berzina maka amatlah berat hukumannya( an-nur ayat 2)., lihat betapa sayangnya Allah pada kita ya saudara2,memberi ingat sejak dari awal lagi...Adakah kita sayang pada Allah juga? apa bukti2nya?? pergi ketuk pintu imanmu dan lihat) tetapi kerana nafsu sudah menodai pemikiran dengan mengatakan ia(berduaan) tidak haram kerena khendak kami bukan mau berzina, ia tidak haram kerana perbuatan kita ini mengandungi unsur2 nasihat yang islami, ia tidak haram kerana makbapa merestui, ia tidak haram sebab kami kawan sejati, ia tidak haram sebab adik si dia bersama sekali, ia tidak haram kerana...., ia tidak haram kerana...., sejuta macam alasan diluahkan asal nafsu dapat dipuaskan. nauudzubillahiminzalik
Moga diberi petunjuk olehNya orang yang sebegini.

Fikiri, hayati dan fahami sebuah kisah di zaman Nabi Muhammad SAW yang insyaAllah dengan izinNya dapat menjadikan kita untuk sentiasa berwaspada dan tidak mencampuradukkan yang halal dan haram, yang hak dan batil, yang benar dan yang salah, dan yang adil dan zalim agar segala amalan yang telah kita lakukan ada nilei disisiNya, insyaAllah. selamat menikmati!

.....................................................................................................................................................................
Suatu hari dalam sebuah majlis, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kalian siapakah yang dinamakan orang muflis itu?"

Para sahabat menjawab,"Orang yang muflis itu menurut pandangan kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya",

"Bukan", jawab Rasulullah S.A.W.. "Orang yang muflis itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasanya, pahala zakat dan hajinya. Namun, ketika pahala-pahala itu ditimbang datanglah orang mengadu, "YA ALLAH, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya".

Kemudian ALLAH S.W.T. menyuruh orang yang mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang didakwa dengan sebahagian pahalanya. Kemudian datang lagi orang lain yang mengadu, "YA ALLAH, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil". ALLAH S.W.T. lalu menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis untuk membayar mereka yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dituduhnya dengan alasan palsu.

Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang lagi mereka yang mengadu meminta tanggungjawab orang itu di hadapan ALLAH S.W.T.. Maka ALLAH S.W.T. memutuskan agar kejahatan mereka yang mengadu itu dipindahkan kepada orang tersebut.

Rasulullah S.A.W. bersabda,"Itulah orang yang muflis di hari kiamat nanti. Iaitu orang yang rajin beribadah tetapi dia tidak memiliki akhlak yang baik, iaitu merampas hak orang lain dan menyakiti hati mereka".

~ ~ ~ ~ ~

YA ALLAH, janganlah KAU jadikan kami dalam golongan muflisin di hari kiamat nanti!

Waallahua3lam.

Perancangan Al-Haram

Assalamaulaikum...



w'salam.

Thursday, August 13, 2009

Ujian Akhir Tahun 2.





PEPERIKSAAN AKHIR AKAN TIBA! :D





Assalamualaikum.. :)
Segala puji dan syukur bagi Allah yang telah memberikan secubit ilmu untuk dapat kita meneruskan pengabdian diri kepadaNya.
selawat serta salam keatas junjugan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bertungkus-lumus bersama para sahabatnya untuk memastikan ajaran Islam sampai ke detik ini.

Musim panas...
Ujian terakhir bagi tahun dua akan dijamu oleh pihak universitas..
oleh itu saudaraku, marilah sama-sama kita prioritikan tugas dengan sebaiknya,
tugas sebagai hamba yang menghamba kepadaNya
tugas sebagai pemuda yang berjiwa mulia.
tugas sebagai pelajar yang berjaya,
tugas sebagai anak yang mengikuti kata ibubapa ,
tugas sebagai ahli masyarakat yang menunaikan tanggungjawabnya,
semoga segala apa yang kita usahakan ada nilai disisiNya. Amin

bittaufiq wannajah!...
salam.

Friday, August 07, 2009

Syarikat janakuasa Gaza



Satu unit elektrik akan berhenti beroperasi disebabkan oleh kekurangan minyak



Jumaat, 07/08/2009 – Syarikat bekalan elektrik Gaza mengingatkan bahawa satu daripada unit jana elektriknya akan berhenti beroperasi pada hari Jumaat atau Sabtu ini jika Israel masih tidak membenarkan masuk kuantiti tambahan bahan api untuk kegunaan stesen tersebut.

Pengarah syarikat tersebut, Suhail Sakik menyatakan sejumlah elektrik yang diagihkan kepada rangkaian-rangkaian di Gaza akan mengecut jika unit tersebut berhenti dan kemudiannya akan menyebabkan jumlah penggunaan kuasa meningkat akibat kekurangan bahan api itu.

Sakik menyatakan bahawa stesen janakuasa memerlukan kira-kira 3,200 liter bahan api setiap minggu untuk membolehkan stesen itu terus beroperasi.

Sumber: Palestinkini.info

p/s: Apapun yang terjadi disana pasti tidak akan dapat mengalahkan jihad perjuangan menegakkan Islam. Namun, seharusnya bagi kita untuk terus menDOAkan mereka agar dipermudahkan segalanya.

Bulan Mulia Ramadhan


Assalamualaikum saudaraku,


Alhamdulillah, bulan mulia Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.
Marilah sama2 kita menyiapkan apa yang termampu.
Mohon pada Allah agar kita dapat mencapai hingga ke penghujung ramadhan.
Juga mohon padaNya supaya kita dapat merasai nikmat dan keajaiban lailatul alqadr.
Pinta dariNya agar dosa-dosa yang sudah kita lakukan diampuni, dibakar habis-habisan.Ameen

Ingat bulan ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga, bukan sekedar menyediakan juadah berbuka kepada yang berpuasa, tetapi bulan ini mengajar kita untuk bersabar. Sabar untuk tidak menuruti hawa nafsu yang sentiasa menggelorakan kita kearah lagho, kearah maksiat, kearah syaitan laknatullah. semoga kesabaran kita untuk tidak menuruti nafsu jahiliah akan terus berkekalan hingga ke penghujung hayat.

Dalam bulan ini saudara, tingkatkanlah amal ibadat kita, satu amal yang kita lakukan nescaya akan dibalas berganda-ganda oleh Allah Yang Maha Pemurah, Ingat! amal yang ikhlas keranaNya sahaja yang mendapat ganjaran :) InsyaAllahu Taala.
Jom jadikan bulan ramadhan ini sebagai satu titik mula untuk kita terus istiqomah dalam mendekatiNya.

Waallhua3lam.

Thursday, August 06, 2009

Mutukan solatmu.



Assalamualaikum saudara sekalian,


Firman Allah SWT didalam kitab suci:

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya”[61:8]

Islam pasti akan tertegak kukuh,

Islam pasti akan memancarkan cahaya ke setiap penjuru dan pelusuk,

Islam pasti akan menjadi yang teratas, yang memayungi,

Islam pasti akan menang suatu masa kelak,

Tetapi sudah terjaminkah kita memasuki syurgaNya?

Tetapi sudahkah kita berusaha memperelok setiap amalan yang diperintahNya terutamanya solat,

Saudaraku, marilah sama-sama kita mencari tahu apa yang termampu supaya setiap amalan kita bertambah mutu.


.Solat.

Saudaraku sekalian,

Semua dari kita tahu yang …

solat itu tiang agama,

solat itu mengingat kepada Allah S.W.T

solat itu seakan wadah untuk bertemu dan berbicara denganNya

solat itu perkara wajib dari Islam yang harus dilaksanakan tanpa kompromi,

solat itu satu-satunya perintah yang diterima langsung oleh Nabi S.A.W dari Sang Pencipta maka,

solat itu adalah suatu yang mulia dan diberikan ganjaran yang berganda jika dikerjakan dengan penuh telus dan ikhlas, penuh khusyuk dan tawadhu’.


Kita sudah pun mengetahui yang…

Solat itu adalah amalan pertama yang akan dihisab, dihitung, dan dipersoalkan. Lantas, jika amalan pertama kita sudah terumbang-ambing? Bagaimana pula dengan amalan-amalan yang lain..?

Solat itu mencegah kita dari berbuat keji dan mungkar dan ia(solat) lebih besar keutamaannya dari ibadat2 lain.[29:45]

Solat itu sepatutnya membuatkan kita rasa takut dan gerun akan azab siksaan dan mengingkari perintahNya,

Solat itu seharusnya lebih mendekatkan kita kepadaNya dan menjauhkan kita dari perkara maksiat dan tidak berfaedah,

Solat itu memutih, menyucikan hati yang hitam dan kotor ,

Solat itu mempercantik akhlak seseorang,

Solat itu mengindahceriakan bunga iman jiwa yang bertaqwa,

Solat itu merupakan siraman rohani bagi seorang mu’min.


Dan apabila solat itu dikerjakan dengan penuh khusyuk sehingga mencapai darjat yang tertinggi maka elemen ruh dan jasad benar-benar merasai akan kewujudan dan kekuasaanNya lebih dari yang biasa. Dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai jika kita bersungguh menginginkannya. Subhanallah.


Dan apabila solat itu dikerjakan secara malas, main-main, bersenda gurau, tidak tertib, laju dan cepat, maka…

Bagaimana kita hendak mencapai tahap-tahap kekhusyukan dalam solat..? bukan sahaja tahap, malah khusyuk itu sendiri kita tidak mampu merasainya, sungguh rugi..

Bagaimana rasa hinanya kita dihadapan Yang Maha Kuasa dapat dilahirkan..?

Bagaimana sifat kehambaan tubuh bergelar manusia dapat dizahirkan..?

Ketuk pintu iman dan tanya


Saudaraku cuba sama-sama kita amati kisah dibawah:


Seorang ayah berkata pada anaknya: ”anakku jika engkau berjaya lulus dalam peperiksaan yang akan datang, maka akan ku berikan hadiah pada kau 7 jenis buku, dan 7 macam permainan, dan 7 resepi makanan, dan 7 dari apa yang kau mahu, setuju?”

Anak itupun bersetuju dan siap menyahut cabaran si ayah tadi. Namun, keputusan peperiksaan menyatakan anak itu gagal. Adakah si ayah berdusta dengan janjinya jika si ayah tadi tidak memberikan hadiah2 yang dijanjikan? Tentu sekali tidak! Janji itu bersyarat. Si anak harus lulus peperiksaan.


Mari pula kita fahami firman Allah SWT di bawah:

“…sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan mungkar…”[29:45]

“sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, orang-orang yang khusyuk di dalam solat mereka.”[40:1]


Solat. Syaratnya khusyuk, samada berjaya atau tidak Dialah yang menetukannya. Namun sekiranya solat yang dikerjakan tepat secara zahir, khsuyuk dan segalanya bersesuaian dengan kehendakNya maka insyaAllah kejayaan solat akan diperolehinya. Awas!, hanya solat yang menepati syarat sahaja yang akan memperoleh apa yang dijanjikan olehNya.


Bukan solat yang dilakukan kosong perasaan,

Bukan solat yang dikerjakan hanya tepat secara zahir tapi pikiran melayang-layang, makna bacaan solat juga lansung tidak ingin diambil tahu,

Bukan solat yang lalai, rajin dikerjakan hanya bila datangnya stress, atau masalah-masalah atau peperiksaan menghampiri sahaja,

Juga bukan solat yang jika perbuatan keji dan mungkar masih terikat pada dirinya, jika hawa nafsu maksiat masih kuat membelenggu dirinya,


Jadi fikirkanlah saudaraku, adakah kita sudah benar-benar melakukan solat yang menepati syarat? Solat yang menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat.?

Silakan semak dan muhasabah diri


Saudaraku sekalian,

Oleh itu, marilah sama-sama kita mulai memperbaiki solat kita, pertingkatkan mutu solat kita, agar rasa khusyuk, rasa kehambaan, kepatuhan, kehinaan, dan rendah diri terhadap Tuhan Sang Pencipta langit dan bumi menyelubungi jiwa kita . Disini ingin dikongsi bersama salah satu diantara perkara asas untuk mencapai solat yang khusyuk iaitu mengetahui dan memahami makna kalimat yang diucap didalam solat. Semoga memperoleh manafaat darinya.


Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Namun perlu diketahui juga bahwa untuk mencapai kekhusyukan dalam solat bukanlah semata mengetahui dan memahami makna kalimatnya, tapi ia juga merangkumi aspek lain seperti persiapan kita sebelum menunaikan solat, bacaan dan ketertiban rukun solat yang dilakukan ,dan yang paling penting adalah penghalang-penghalang untuk mencapai kekhuyuskan itu haruslah dihapus terlebih dahulu. Contoh: ‘anda sudah menyiapkan fikiran anda untuk menaiki bas, namun jika pintu bas masih tertutup adakah anda boleh menaiki bas..? tentu tidak, betul?’


Ini kerana tujuan tidak akan tercapai jika masih ada faktor penghalang yang menghalangi tujuan kita, begitu juga jika kita ingin mencapai kekhusyukan dalam solat maka faktor yang menghalanginya haruslah terlebih dahulu dihapus…


Berikut merupakan beberapa faktor penghalang yang menghalangi kita untuk mencapai khusyuk dalam solat:

1.Ketidakwujudan keghairahan atau keinginan untuk mengerjakan solat.

2.Memakan makan yang tidak halal, atau sering memakan makanan syubhah.

3.Keras hati dan takabbur

4.Menyibukkan diri dengan perkara-perkara lalai dan percakapan yang tiada faedah.

5.Mendengar nyayian dan muzik-muzik. Dll.


Baiklah saudaraku,entri ini berhenti setakat ini dahulu, pastikan solat kita itu bermutu, dengan izinNya kita bertemu lagi di lain waktu,

Ingat, korbankanlah keenakan dunia yang sementara untuk memenangi akhirat yang selamanya…

Semoga kita tergolong dalam golongan Allah, golongan yang dijanjikan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.


Subhanallah.

Wassalam.