Monday, September 07, 2009

Hanya satu kuncinya.

Assalamualaikum saudara.
sekadar perkongsian.


Al-Baqorah ayat 286
yang artinya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.....".

3september

Tarikh yang akhirnya aku sampai padanya. keseronokan, kegembiraan, kerinduan, kemeriahan semakin kuat menggegar hati. Keinginan untuk pulang ketanah air tercinta sudah lama merajai diri. Tiket pesawat emirates sudah menunggu untuk dibawa pergi.Tiba masanya untuk melangkah dari Irbid yang kian sepi.

Perjalanan menuju sebuah bandara.
Tahun ini pilihanku adalah berjalan sendiri. Sesekali ingin belajar menempuh perjalanan secara berdikari. Hajatku disini hanya untuk berkongsi. Perjalanan yang bermula dari Irbid menuju sebuah destinasi. Oh! tidak lupa diucapkan terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar buat diri ini.

Teksi dari irbid ke Mujamma' Amman jadid=0.75jd
Bas Hijazi ke Mujamma' tabarbur di Amman=1.75jd
mujamma' Tabarbur/syimali ke airport.
Menggunakan sariyah, pengangkutan khas(berupa bas/van bewarna kuning) ke airport=3jd
setiap satu jam ia akan mulai bertolak ke QAIA(queen alia international airport).

Bandara ke bandara.
Jam 3ptg ketibaan di airport. Jam 5ptg penerbangan ke Dubai.
Hampir setengah jam terpaku di bangku ruang tunggu. Aku lalu melihat. Hmm... Papan elektronik sudah menunjukkan GATE OPEN untuk kaunter emirates. Aku menuju ke sana untuk check-in. Semua berlalu seperti biasanya.
Sekali lagi aku menggu di ruang tunggu. Kali ini pula menunggu sebelum dibenarkan memasuki pesawat. Sedang asyik membaca sesuatu, tiba2 kedengaran satu suara yang membuatku tertanya2, adakah suara itu buat diriku??

"To Mr. Ahmad Anas Ahmad Asmadi, please go to counter to recheck your ticket validity"

aku pun menuju kesana. lalu...
"ade masalah ke encik?"aku menyoal penuh sangsi.
"tiket awak ade masalah, ia tidak valid" kata pegawai yang bertugas.
"lalu bagaimana?" soalku ingin tahu.
"awak harus keluar dari terminal ini, kerana tiket awak adalah tidak sah!" pegawai itu memberi arahan....(cerita telah dipendek dan diubahsuai sedikit tapi jalan p'jalanan dikekalkan)

setelah banyak soalan yang aku lontarkan kepada pegawai itu aku akhirnya kalah dan terpaksa mengundur diri berlalu pergi.

Lamanya sebuah penantian.
Kegelabahan menyelubungi diri. Tidak tau berkata apa.
Setelah jauh meninggalkan tempat kejadian aku membawa diri berehat sejenak.
Menenangkan pikiran. Lalu terdetik untuk menelpon teman yang sudah terbang lebih awal dariku. Namun gagal mendapatkan jawapan dari mereka. Barangkali di tanah air sudah malam waktunya.
Kemudian aku menelpon ibu, akhirnya kutemu apa yang perlu. Membeli tiket baru menjadi pilihan. Bertolak ke bangkok pada pukul 2 pagi adalah destinasi terbaru setelah tiket ke dubai dibatalkan.
Atas apa yang berlaku. Tambahan 9jam membuatku perlu berada di airport dengan penuh kebosanan namun alhamdulillah diiringi beberapa pengajaran.

Apa yang berlaku selama 9 jam(5ptg-2pg)?

BERBUKA PUASA.
aku duduk di bangku ruang tunggu bersebelahan sebuah cafe menuggu ketibaan laungan adzan. Aku melihat dua pak Arab sedang menantikan juadah berbuka mereka . Namun disebabkan 'lahiriah' mereka aku mula bersangka buruk dan mengingat akan hadith Nabi s.a.w.:

"berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya itu mendapatkan apa2 dari puasanya kecuali lapar dan dahaga"-sahih al-jaami' 3490-

Tetapi mungkin aku tersilap! , sampainya waktu berbuka salah satu pak Arab itu tadi menuju kepadaku dan menghulurkan tiga biji tamar. "syukran" aku membalas. lalu aku beredar ke Tempat Sujud yang tersedia.
Setelah menyelesaikan kewajipan aku kemudian menyambung acara berbuka. =)
menarik.



Pengajaran.
Hindari 'suudzhon'(bersangka buruk). Hidup ini jika tiada sangka baik sesama manusia, pasti keharmonian susah untuk dicapai.

Bagaimana reaksi anda jika ternampak orang yang sedang berbuat apa yang tidak patut?
1.tegur jika mampu dan bersangka baik-mungkin dia tidak sedar akan perbuatannya.
2. syukur kerana kita tidak melakukan apa yang tidak patut seperti apa yang telah dibuat olehnya.
3.berdoalah pada orang yang berbuat tidak patut itu tadi supaya Allah memberi petunjuk padanya.

TARAWIKH.
Antara cara untuk meningkatkan khusyuk dalam solat adalah digalakkan supaya pergi ke masjid yang bacaan imamnya adalah cocok dengan gegendang telinga kita. Selain menambah rasa khusyuk ia juga dapat menambah rasa enak dalam mentaatiNya.
Tidak hairanlah apabila solat di masjid airport ini, keenakan dan kemerduan mendengar lantunan ayat suci al-Quran seperti di masjid Yarmouk dan Faiha' memang jauh. Kerana di masjid ini pegawai2 yang bertugas di airport yang akan memvolunteerkan diri mereka untuk menjadi imam.
Apapun, yang lebih penting ialah kita perlu sentiasa beryukur kerana masih diberi kesempatan berada dalam bulan ramadhan dan masih dapat menunaikan solat sunat tarawikh secara berjemaah.

DI RUANG TUNGGU.
Sedang aku asyik menunggu untuk dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Aku terlupa untuk sesekali melihat sekeliling, menjengah jikalau ada ibu2 bersama anak, ibu bersalin atau orang tua yang terpaksa berdiri akibat tiada kerusi kosong untuk mereka beristirehat.
Aku kurang sedar tentang perihal di sekeliling. Sungguh malang dan rugi.

Ketika aku sedang asik menikmati tempat duduk tanpa mempeduli keadaan sekeliling tiba2 seorang pak Arab memberi ruang kepada ibu bersama anak kecilnya untuk menggantikan tempat duduk beliau. Maka disini rugilah bagi mereka yang berada di sekitar situ kerana tidak dapat menghulurkan bantuan sepatutnya pada ibu tersebut.
Sifat peduli itu penting. Peduli pada diri sendiri. Peduli pada orang lain. Peduli pada persekitaran.
kerana sifat peduli merupakan asas konsep dakwah, betulkah??

1.50pg, bangku pesawat sudahku duduki. Banyak sekali bangku tak berpenghuni dalam pesawat jika Royal Jordanian menjadi pilihan anda untuk ke tanah air. Jam 2.15pg berlepas.


Beberapa keraguan diatas pesawat.

Seperti kebiasaan orang diatas pesawat. Tidur mengisi waktu sepanjang perjalanan walaupun ia bukan satu pilihan yang diingini.

SAHUR.
satu jam kemudian makanan dihidang sekaligus menandakan untuk aku bersahur.
disunatkan untuk melambatkan sahur seperti sabda nabi Muhammad s.a.w.:
Artinya:
'Dari Abu Dzarr (diriwayatkan bahwa) ia berkata: Rasulullah saw bersabda: Umatku senantiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur'
[HR Ahmad]

Yang menjadi keraguan bilakah waktu sahur seharusnya dihentikan, dengan kata lain bagaimana hendak dikenal pasti solat subuh sudah masuk waktunya??
Di dalam buku 'Keajaiban Solat Subuh' karangan Dr 'Imad 'Ali 'abdus sami' Husain mengatakan masuk waktu fajar adalah ketika muncul al-gholas(iaitu warna gelap di akhir malam yang sudah bercampur dengan putihnya cahaya pagi).
Jadi jika sudah kelihatan putih2 diluar jendela pesawat, maka ia menandakan waktu subuh. Oleh itu, adalah menjadi lebih baik jika kita menghentikan sahur sebelum cahaya putih2 masih belum terlihat. wallahua3lam.

WUDHU'
Bolehkah bertayamum?

Syarat tayamum
;
1.sudah masuk waktu solat.
2.sudah berusaha mencari air tapi tidak memperolehinya sedang waktu solat sudah tiba.
3.menggunakan tanah/debu yang suci, bebas najis.

kalau rujuk surah Al-Maidah ayat 6. maka orang yang dalam safar yakni berada dalam perjalanan jauh dibolehkan bertayamum. Namun didalam pesawat air yang mencukupi disediakan.
Jadi, adakah ini menyebabkan bertayamum adalah tidak boleh bagi kita ?? tanyalah ustaz2 ya!
Tapi pendapatku, bukannya susah mau berwudhu di dalam toilet pesawat,cuma ruang sahaja yang agak kecil. Ia tak menjadi masalah pun. kecuali bagi saudara Hamdi kot?hehe...

Bagaimana dengan menyapu bahagian atas khuf??
klik disini untuk rujukan.

KIBLAT & CARA SOLAT
1. Berusaha untuk menunaikan solat diatas kenderaan dengan tetap mengadap kiblat. minima ketika takbiratul ikhram. namun jika tidak membolehkan, boleh mengikut arah kenderaan.
Hadith Nabi s.a.w. artinya:
'Daripada Anas bin Malik bahawa jika rasulullah s.a.w dalam perjalanan dan ingin solat sunat, maka baginda mengadapkan untanya ke arah kiblat, lalu takbir kemudian solat kearah mana sahaja untanya mengarah' (hadith riwayat abu daud)

'Daripada Anas bin Malik bahawa jika rasulullah s.a.w. solat sunat di atas kenderaannya(untanya) dalam suatu perjalanan tanpa mengadap kiblat.' (hadith riwayat Ahmad)

2.Boleh menunaikan solat dengan duduk,sedangkan rukuk dan sujud boleh dilakukan mengikut kemampuan.
Hadith Nabi s.a.w. artinya:
'Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. dia berkata,"Nabi s.a.w ditanya mengenai solat dia atas kapal laut."Maka baginda menjawab,"solatlah di sana dengan berdiri kecuali apabila engkau takut tenggelam.' (Hadith riwayat ad-Daruquthni dan Hakim)

ketibaan di bangkok pada pukul 3ptg. Selepas keluar dari arrival hall ku langsung bergerak menuju ke sales office for Malaysia Airlines tickets. Berangkat pulang ke Malaysia pada pukul 5ptg.Airport survanabhumi,Bangkok

BERBUKA PUASA DI ATAS PESAWAT
Mengikut kata2 syeikh Yusuf al-Qardhawi:
As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.
Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.
setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata meraka. baca selanjutnya di sini atau di sini.

Ketibaan Di Malaysia.
setelah pelbagai masalah, kakiku akhirnya dapat mencium tanah bumi Malaysia tercinta.
dalam kurang lebih pukul 8mlm 4sept tiba di KLIA. Kemudian rumah. Alhamdulillah.
Dalam mengharungi bermacam ragam dugaan dan cabaran hanya satu kunci yang perlu diingat.
Allah Yang Maha Pengasih tidak membebani seseorang melainkan(trima kasih hamdi tegur :D) sesuai dengan kesanggupannya dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Akhir kata...
pergi ke kebun untuk mencungkil2,
pohon sehat dari tanah yang subur,

apa yang betul silalah diambil,
apa yang salah harap ditegur.

Moga Allah memberi taufik (kemudahan) dan hidayah (petunjuk) kepada kita .Amin.

wsalam.



1 comment:

  1. Salam Anas...mcmana Msia? alhamdulillah, sampai jgk saudara Anas. segala puji bg ALLAH.

    ini saudara Hamdi berbicara. adapun toilet tu jgk cukup besar utk saudara Hamdi amik wudhu'. sebab dia pernah berwudhu' dalam toilet kpl terbang. jd...hmmm... (x jadik marah sebab Anas co... (sambung sendiri...hehe)

    ni ayat last ni kat atas tu.
    'Allah Yang Maha Pengasih tidak membebani seseorang MELAINKAN sesuai dengan kesanggupannya'. cuba tgk balik perenggan last, ketibaan di Msia.

    ok. jaga diri, jaga agama. salam.

    ReplyDelete