Friday, August 14, 2009

Kerugian yang paling rugi.

Assalamualaikum saudara yang dikasihi..

Dewasa ini seringkali kita melihat manusia dengan berbagai ragam pemikiran telah bertindak mengikut kehendak fikiran mereka semata tanpa merasa bahwa apa yang difikirkan itu benar atau salah, asal ianya dapat memuaskan nafsu dan hati , maka ia akan terjadi.
Pemikiran yang sebegini akhirnya menggabungkan antara kelakuan yang benar dan salah , mencampuradukkan yang halal dan haram, yang hak dan batil menjadi satu tanpa mengetahui yang ianya boleh mengarah kepada satu kecacatan dan bencana.

Begitu yang dapat kita perhatikan pada hari ini oleh PEmuDA PEmuDi (PEDAPEDI) yang kenal dan tahu tentang Islam . PEDAPEDI muslim pada hari ini bukan tidak tahu tentang agama yang dianuti mereka, malah mereka paham dan masak benar dengan ajaran dan hukum yang telah digariskan oleh ajaran itu sendiri. Namun ianya hanya sekedar diketahui atau difahami tanpa ada tujuan baik mengikuti, tanpa dihayati makna tersurat serta tersirat disebalik segala suruhan dan diamalkan perintah yang diperintahkan. akibatnya?? PEDAPEDI hari ini bertindak mengikut cara kesesuaian pemikiran sendiri, bertindak mengikut liar hawa nafsu masing-masing, bertindak mengikut segalanya yang boleh membawa kepada kemudharatan tanpa difondasi dengan Ajaran yang telah mereka anuti yakni Islam.

Maka terhasillah dari pemikiran yang tanpa difondasi dengan syariat dan hukum Islam peristiwa2 atau kisah2 yang sepatutnya tidak berlaku.
contoh, pasangan yang berduaan berjalan2, bersiar2 di suatu pekan untuk mencari sebuah restoran ,malang sekali restoran yang wujud pada ketika itu hanyalah restoran non-muslim yang memungkinkan makanan yang dihidang adalah tidak halal, maka ini secara automatisnya mematahkan niat mereka untuk ke restoran tersebut. Satu nilai yang bagus. Namun apa yang malang, secara mereka sedar atau tidak sedar, perbuatan mereka berduaan sejak dari awal memulakan perjalanan adalah juga salah dan haram dilakukan. Mereka ini mungkin sudah tahu akan larangan Allah Yang Maha Kuasa untuk tidak mendekati zina seperti yang termaktub didalam surah Al-Israa’ ayat 32 (Allah SWT mengingatkan awal2 untuk tidak dekati zina, kerana pabila kau dah berzina maka amatlah berat hukumannya( an-nur ayat 2)., lihat betapa sayangnya Allah pada kita ya saudara2,memberi ingat sejak dari awal lagi...Adakah kita sayang pada Allah juga? apa bukti2nya?? pergi ketuk pintu imanmu dan lihat) tetapi kerana nafsu sudah menodai pemikiran dengan mengatakan ia(berduaan) tidak haram kerena khendak kami bukan mau berzina, ia tidak haram kerana perbuatan kita ini mengandungi unsur2 nasihat yang islami, ia tidak haram kerana makbapa merestui, ia tidak haram sebab kami kawan sejati, ia tidak haram sebab adik si dia bersama sekali, ia tidak haram kerana...., ia tidak haram kerana...., sejuta macam alasan diluahkan asal nafsu dapat dipuaskan. nauudzubillahiminzalik
Moga diberi petunjuk olehNya orang yang sebegini.

Fikiri, hayati dan fahami sebuah kisah di zaman Nabi Muhammad SAW yang insyaAllah dengan izinNya dapat menjadikan kita untuk sentiasa berwaspada dan tidak mencampuradukkan yang halal dan haram, yang hak dan batil, yang benar dan yang salah, dan yang adil dan zalim agar segala amalan yang telah kita lakukan ada nilei disisiNya, insyaAllah. selamat menikmati!

.....................................................................................................................................................................
Suatu hari dalam sebuah majlis, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kalian siapakah yang dinamakan orang muflis itu?"

Para sahabat menjawab,"Orang yang muflis itu menurut pandangan kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya",

"Bukan", jawab Rasulullah S.A.W.. "Orang yang muflis itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasanya, pahala zakat dan hajinya. Namun, ketika pahala-pahala itu ditimbang datanglah orang mengadu, "YA ALLAH, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya".

Kemudian ALLAH S.W.T. menyuruh orang yang mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang didakwa dengan sebahagian pahalanya. Kemudian datang lagi orang lain yang mengadu, "YA ALLAH, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil". ALLAH S.W.T. lalu menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis untuk membayar mereka yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dituduhnya dengan alasan palsu.

Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang lagi mereka yang mengadu meminta tanggungjawab orang itu di hadapan ALLAH S.W.T.. Maka ALLAH S.W.T. memutuskan agar kejahatan mereka yang mengadu itu dipindahkan kepada orang tersebut.

Rasulullah S.A.W. bersabda,"Itulah orang yang muflis di hari kiamat nanti. Iaitu orang yang rajin beribadah tetapi dia tidak memiliki akhlak yang baik, iaitu merampas hak orang lain dan menyakiti hati mereka".

~ ~ ~ ~ ~

YA ALLAH, janganlah KAU jadikan kami dalam golongan muflisin di hari kiamat nanti!

Waallahua3lam.

No comments:

Post a Comment