Thursday, August 06, 2009

Mutukan solatmu.



Assalamualaikum saudara sekalian,


Firman Allah SWT didalam kitab suci:

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya”[61:8]

Islam pasti akan tertegak kukuh,

Islam pasti akan memancarkan cahaya ke setiap penjuru dan pelusuk,

Islam pasti akan menjadi yang teratas, yang memayungi,

Islam pasti akan menang suatu masa kelak,

Tetapi sudah terjaminkah kita memasuki syurgaNya?

Tetapi sudahkah kita berusaha memperelok setiap amalan yang diperintahNya terutamanya solat,

Saudaraku, marilah sama-sama kita mencari tahu apa yang termampu supaya setiap amalan kita bertambah mutu.


.Solat.

Saudaraku sekalian,

Semua dari kita tahu yang …

solat itu tiang agama,

solat itu mengingat kepada Allah S.W.T

solat itu seakan wadah untuk bertemu dan berbicara denganNya

solat itu perkara wajib dari Islam yang harus dilaksanakan tanpa kompromi,

solat itu satu-satunya perintah yang diterima langsung oleh Nabi S.A.W dari Sang Pencipta maka,

solat itu adalah suatu yang mulia dan diberikan ganjaran yang berganda jika dikerjakan dengan penuh telus dan ikhlas, penuh khusyuk dan tawadhu’.


Kita sudah pun mengetahui yang…

Solat itu adalah amalan pertama yang akan dihisab, dihitung, dan dipersoalkan. Lantas, jika amalan pertama kita sudah terumbang-ambing? Bagaimana pula dengan amalan-amalan yang lain..?

Solat itu mencegah kita dari berbuat keji dan mungkar dan ia(solat) lebih besar keutamaannya dari ibadat2 lain.[29:45]

Solat itu sepatutnya membuatkan kita rasa takut dan gerun akan azab siksaan dan mengingkari perintahNya,

Solat itu seharusnya lebih mendekatkan kita kepadaNya dan menjauhkan kita dari perkara maksiat dan tidak berfaedah,

Solat itu memutih, menyucikan hati yang hitam dan kotor ,

Solat itu mempercantik akhlak seseorang,

Solat itu mengindahceriakan bunga iman jiwa yang bertaqwa,

Solat itu merupakan siraman rohani bagi seorang mu’min.


Dan apabila solat itu dikerjakan dengan penuh khusyuk sehingga mencapai darjat yang tertinggi maka elemen ruh dan jasad benar-benar merasai akan kewujudan dan kekuasaanNya lebih dari yang biasa. Dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai jika kita bersungguh menginginkannya. Subhanallah.


Dan apabila solat itu dikerjakan secara malas, main-main, bersenda gurau, tidak tertib, laju dan cepat, maka…

Bagaimana kita hendak mencapai tahap-tahap kekhusyukan dalam solat..? bukan sahaja tahap, malah khusyuk itu sendiri kita tidak mampu merasainya, sungguh rugi..

Bagaimana rasa hinanya kita dihadapan Yang Maha Kuasa dapat dilahirkan..?

Bagaimana sifat kehambaan tubuh bergelar manusia dapat dizahirkan..?

Ketuk pintu iman dan tanya


Saudaraku cuba sama-sama kita amati kisah dibawah:


Seorang ayah berkata pada anaknya: ”anakku jika engkau berjaya lulus dalam peperiksaan yang akan datang, maka akan ku berikan hadiah pada kau 7 jenis buku, dan 7 macam permainan, dan 7 resepi makanan, dan 7 dari apa yang kau mahu, setuju?”

Anak itupun bersetuju dan siap menyahut cabaran si ayah tadi. Namun, keputusan peperiksaan menyatakan anak itu gagal. Adakah si ayah berdusta dengan janjinya jika si ayah tadi tidak memberikan hadiah2 yang dijanjikan? Tentu sekali tidak! Janji itu bersyarat. Si anak harus lulus peperiksaan.


Mari pula kita fahami firman Allah SWT di bawah:

“…sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan mungkar…”[29:45]

“sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, orang-orang yang khusyuk di dalam solat mereka.”[40:1]


Solat. Syaratnya khusyuk, samada berjaya atau tidak Dialah yang menetukannya. Namun sekiranya solat yang dikerjakan tepat secara zahir, khsuyuk dan segalanya bersesuaian dengan kehendakNya maka insyaAllah kejayaan solat akan diperolehinya. Awas!, hanya solat yang menepati syarat sahaja yang akan memperoleh apa yang dijanjikan olehNya.


Bukan solat yang dilakukan kosong perasaan,

Bukan solat yang dikerjakan hanya tepat secara zahir tapi pikiran melayang-layang, makna bacaan solat juga lansung tidak ingin diambil tahu,

Bukan solat yang lalai, rajin dikerjakan hanya bila datangnya stress, atau masalah-masalah atau peperiksaan menghampiri sahaja,

Juga bukan solat yang jika perbuatan keji dan mungkar masih terikat pada dirinya, jika hawa nafsu maksiat masih kuat membelenggu dirinya,


Jadi fikirkanlah saudaraku, adakah kita sudah benar-benar melakukan solat yang menepati syarat? Solat yang menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat.?

Silakan semak dan muhasabah diri


Saudaraku sekalian,

Oleh itu, marilah sama-sama kita mulai memperbaiki solat kita, pertingkatkan mutu solat kita, agar rasa khusyuk, rasa kehambaan, kepatuhan, kehinaan, dan rendah diri terhadap Tuhan Sang Pencipta langit dan bumi menyelubungi jiwa kita . Disini ingin dikongsi bersama salah satu diantara perkara asas untuk mencapai solat yang khusyuk iaitu mengetahui dan memahami makna kalimat yang diucap didalam solat. Semoga memperoleh manafaat darinya.


Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Namun perlu diketahui juga bahwa untuk mencapai kekhusyukan dalam solat bukanlah semata mengetahui dan memahami makna kalimatnya, tapi ia juga merangkumi aspek lain seperti persiapan kita sebelum menunaikan solat, bacaan dan ketertiban rukun solat yang dilakukan ,dan yang paling penting adalah penghalang-penghalang untuk mencapai kekhuyuskan itu haruslah dihapus terlebih dahulu. Contoh: ‘anda sudah menyiapkan fikiran anda untuk menaiki bas, namun jika pintu bas masih tertutup adakah anda boleh menaiki bas..? tentu tidak, betul?’


Ini kerana tujuan tidak akan tercapai jika masih ada faktor penghalang yang menghalangi tujuan kita, begitu juga jika kita ingin mencapai kekhusyukan dalam solat maka faktor yang menghalanginya haruslah terlebih dahulu dihapus…


Berikut merupakan beberapa faktor penghalang yang menghalangi kita untuk mencapai khusyuk dalam solat:

1.Ketidakwujudan keghairahan atau keinginan untuk mengerjakan solat.

2.Memakan makan yang tidak halal, atau sering memakan makanan syubhah.

3.Keras hati dan takabbur

4.Menyibukkan diri dengan perkara-perkara lalai dan percakapan yang tiada faedah.

5.Mendengar nyayian dan muzik-muzik. Dll.


Baiklah saudaraku,entri ini berhenti setakat ini dahulu, pastikan solat kita itu bermutu, dengan izinNya kita bertemu lagi di lain waktu,

Ingat, korbankanlah keenakan dunia yang sementara untuk memenangi akhirat yang selamanya…

Semoga kita tergolong dalam golongan Allah, golongan yang dijanjikan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.


Subhanallah.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment